Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa kerajaan pada 2013 berada dalam keadaan 'lemah' dari segi kewangan.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berkata, ini kerana syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mendapatkan surat sokongan (LOS) untuk mengumpul dana 3 bilion dolar Amerika bagi tujuan projek usaha sama dengan Aabar BVI Co.